WEBINAR Pemasaran Digital Maxis Ekelas Usahawan - Sesi Januari
21 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 20 Januari 2026, iaitu pada hari Selasa, seorang peserta daripada NADI Bengoh telah menyertai Webinar Maxis eKelas Usahawan yang dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada usahawan kecil mengenai strategi pemasaran digital.
Sesi ini telah berlangsung dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi. Ia memberi penerangan tentang strategi pemasaran digital daripada perspektif pakar industri. Peserta turut diperkenalkan dengan pelbagai platform media sosial yang sesuai digunakan bagi tujuan pemasaran seperti Facebook, TikTok Shop, Instagram dan WhatsApp.
Diharapkan penyertaan dalam webinar ini dapat memberi manfaat kepada peserta serta membantu meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka dalam bidang pemasaran digital dan penciptaan kandungan. Sekian, terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: